Pasangan ini merupakan pasangan yang membuat tempahan dengan kami paling awal. Rafeza (Epiza) membuat tempahan semasa beliau dalam tahun akhir pengajian di UIA (universiti Islam Antarabangsa) setelah melihat hasil kerja kami di http://adlydia.fotopages.com.
Terima kasih kami ucapkan kepada pasangan ini yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan majlis mereka termasuklah andaman, pakaian pengantin dan juga canopy.
Warna tema yang dipilih adalah Ungu + Putih yang mana dapat dilihat dalam pemilihan pakaian bersanding (sword bearer) dan juga pemilihan pada hiasan canopy mereka.
Kami mendoakan agar anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat dan untuk Epiza, kami ucapkan semuga banyak bersabar maklumlah buat masa sekarang masih ‘terpaksa’ ditinggalkan Fairoz demi tugas untuk negara.
